Saturday, July 10, 2010

Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila dimakan.
Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.
. Menurut kajian, minyak kelapa dara boleh membantu
1. Mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong seterusnya melegakan pernafasan.
2. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.
3. Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan untuk tenaga dan meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh.
4. Sementara di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.
5. Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.
6. Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.
7. Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.
8. Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
9. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.
10. Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.
Kesan Jangka Panjang Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh.
1. Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
2. Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
3. Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
4. Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.
5. Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
6. Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
7. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
8. Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.
9. Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
10. Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
Beberapa gangguan kesihatan seperti kegemukan, sakit jantung dan osterosklerosis lebih mudah terjadi pada orang yang mempunyai metabolisma rendah. Kondisi kesihatan akan lebih buruk kalau angka metabolisma lebih rendah dibanding metabolisma normal, kerana sel tidak mampu menyembuhkan dan memperbaiki dirinya secara cepat. Maka peningkatan angka metabolisma, memberikan peningkatan perlindungan dari penyakit degeneratif dan penyakit menular, ringkasnya, Minyak Kelapa Dara mampu mengatasi masalah berikut:
1. Meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan.
2. meningkat kadar metabolisma badan.
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi.
4. anti oxida semulajadi.
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid.
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari.
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah.
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan.
9. berupaya menurunkan berat badan.
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia.
11. membekal sumber tenaga dengan cepat.
12. melembab dan melembutkan kulit.
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit.
14. mengurangkan kesan keracunan makanan.
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan.
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung.
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi.
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis.
20. mengurangkan risiko dan kesan demam.
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa.
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering.
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung.
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air.

3 comments:

  1. MANA NAK CARI MINYAK KELAPA DARA NIE EK??? KAT KEDAI UBAT BIASA ADA KE??

    ReplyDelete
  2. kat kedai herba.. kat giant kelana jaya ade jual

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas entri yang berinformasi dan bermanfaat buat semua warga maya. Teruskan menulis entri mencerahkan sebegini. Maju terus. :-)

    ReplyDelete